Tuesday, February 8, 2011

Berdebar Rasenya....

Hari yang mendebarkan pada 7 Februari 2009 iaitu ari isnin. Hari yang tidak diduga kerana cepat betul dah dipanggil untuk ditemuduga sbb rase baru 2 minggu isi. Xsempat nak prepare sangat sbb keputusan tau 1 Feb kemudian intrview pada 7 Feb. Agak kelam kabut disebabkan pada 3 Feb cuti raya cina. Petang tu juga pergi dapatkan pengesahan sijil di PPD dan mencari kasut yg sesuai untuk ditemuduga. Kalau lambat cari nanti kedai tutup sbb cuti raya cina.

Temuduga di jalankan pada satu tempat sahaja bagi Semenanjung Malaysia iaitu SM Pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam. Satu pengalaman yang sangat mendebarkan apabila pada waktu paginye perlu mengambil ujian insak dan seterusnye ke sesi temuduga. Namun gembira apabile berjumpa dengan kenalan dari upsi. Semuanya menceritakan tidak bersedia dan tidak menjangkakan tarikh interview selepas tahun baru cina. Masih ada yg tidak sempat untuk mengambil transkrip yang baru saja minggu lepas dikeluarkan. Mujur la aku ambik awal2, xla kelam kabut sangat. 

Pagi tu kul 8.30 pg start ujian insak. Dengan berhati-hati menjawab soalannye yg agak pnjang dan keliru. Jawab punya jawab, bile tgk jam lg 5 minit nak abis masa, sedangkan baru jawab 100 soalan. Dengan pantasnye aku jawab cepat2, dah xtgk2 jam waktu tu. Sedar2 jer pihak bertugas memberi pengumuman 'MASA SUDAH TAMAT' tapi masih tinggal lg 6 soalan xberjawab. Waktu tu hanya Allah saje yang tahu betapa frustnye sbb xsempat nk jawab. Tapi disebabkan panel lmbt kutip kertas jwpn, aku coolkan diri dan cuba habiskan menjawab semua soalan. Alhamdulillah semua soalan dijawab dengan lengkap. Harap lulusla ujian insak.. 

1 comment:

  1. lepas aku bace kisah cikgu yanie ni.. saya pun berdebar2 jugak la..kikikiki

    ReplyDelete