Thursday, April 14, 2011

Ceramah Agama.... :)

Semalam ari khamis...(14/4) aku dengar ceramah bersama mak, ayah dan adik aku. Biasa ade ceramah aku mesti ikut mak aku, yela.. tuk memperolehi ilmu agama. Hari ni penceramah yang dijemput ialah Ustaz Muhammad Farid Ravi bin Abdullah yang merupakan penceramah yang disegani. Sangat kagum dengan beliau yang memeluk agama Islam dan mempelajari agama Islam dengan bersungguh-sungguh sehinggalah beliau menjadi seorang penceramah agama dan juri bagi pertandingan Tilawah Al-Quran. Apabila beliau melaungkan azan tadi, sangat tersentuh hingga ke jiwa aku...


Okey, sebelum tu aku sebenarnya nak crite tentang gurauan ustaz tadi. Tapi aku pun macam terkejut dan xpatutlah tindakan seseorang yang meminta Ustaz Farid Ravi baca pengumuman... mula2 ingatkan orang tu bagi kertas nak tanya soalan tapi rupanye suh buat pengumuman.. lawak2. haha... mujur la Ustaz tu sporting orangnya. Ustaz tu senyum je dan cakap ' Ini pun salah satu tugas penceramah. Baiklah. Sesiapa pemilik kereta bagi no ABC 1234 dan EFG 5678, sila alihkan kereta anda sekarang'. Aku ngn mak aku saling berpandangan, tak patutlah org tu mintak tolong baca announcment cam tu. Cam ade gangguan kat situ. Ape salahnye kalau org tu mintak kebenaran nak guna mic jap. Sekurang2nya bley la ustaz tu rehat sambil minum air jap. Biasa aku tgk mana2 majlis, pengerusi majlis ambil alih jap.. tapi yg ni suh tetamu baca pengumuman... mungkin dia gabra kot.. bley dimaafkan...

Lagi satu gurauan yang dibuat oleh Ustaz adalah niatnye yang nak makan ikan patin masak tempoyak xkesampaian. hihihihi... ustaz cakap 'apela orang Jerantut ni hidang saya ikan siakap ngan tom yam. kat mana-mana pun ade. Saya nak makan ikan patin masak tempoyak. Nanti balik nak cakap la kat isteri saya orang sini hidang ikan siakap sangkar. yela kan, nk dapat kat laut susah.. ustaz gurau jer. Tapi nanti kalau saya datang sini lagi, saya nak ikan patin yer... ' suka makan ikan patin tempoyak upenya ustaz ni. Bukan ape.. orang hidang ikan siakap la... special kan. ikan patin tu setengah orang luar xsuka makan sebab bau hanyir ikan. Tu la xdihidangkan... xtau ustaz suka.. hihihihi... saya pun suka... 

Dah abis cite pasal tu, nak bagi cite sket tentang kandungan ceramah yang aku pergi tadi. Tajuk ceramah tadi ialah DIMANAKAN KU CARI GANTI. Memang xkering gusi la duk dengar ceramah ustaz tadi. Banyak nasihat dan peringatan yang diberi yang sering kita lupa dan mengambilnye secare remeh temeh. Okey isinya akan disambung nanti.. sebab skarang dah kul 1.52 am. Banyak yang hendak dikongsi... Slamat Malam... Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment